Monday, February 20, 2017

BERHENTI MEROKOK VOL 3.0

salam

Harini aku nak share satu cerita..ikutkan nak lukis je senang sikit sebab ramai orang tak suka membaca,tapi lukis pelan aku tau la..lukis cerita tak reti..sory la ye..Cerita aku ni bab rokok..nikmat rokok ni hanya perokok je tau..orang yang tak hisap rokok tolong jgn cakap apa-apa..bila kira, dah dekat 20 tahun jugak la aku ni hisap rokok..

Ofcoz aku pon pernah cuba berhenti..paling lama setahun..nak buat macam mana, iman tak kuat..lepas tu tukar jenama rokok je than sambung balik..rokok sebelum tu rokok mahal..tukar rokok murah plak..

Pendekkan cerita, aku dah benti semula sekarang..kali ni aku rasa tak kisah dah iman tak kuat ke, iman adalah mutiara ke sebab cara aku berhenti merokok kali ni memang aku rasa tak susah langsung..

Serius aku takda rasa stress, takda rasa mulut pahit ke, rasa seram sejuk ke, rasa nak maki orang ke bila tak dapat rokok..tak kisah la time bila pon..lepas makan ke, time mancing ke, driving ke ,dalam jamban ke..bila-bila masa pon rasa bebas dari nak merokok ni..

Jangan cakap korang tak percaya, aku sendiri macam tak percaya lagi ni..aku benti rokok ni dengan makan ubat jer..jilake punya ubat, dadah apa la ada dalam tu sampai boleh buat aku taknak langsung kat rokok ni dalam masa sekejap sangat..


Kalau sebelum ni dah pernah berhenti guna konsep Keimanan, serius susah dan tak tahan lama..iman tu susah nak tahan ko dari hisap sebatang rokok selepas menghirup segelas nescafe panas dikala hujan renyai-renyai di malam hari..apa guna ada teknologi perubatan kalau taknak guna..combinekan takpa..Jangan risau, aku tak jual ubat behenti merokok yang dibacakan 30 juzuk Al-Quran pon..dan sebetulnya, aku tak syor langsung kat mana mana perokok pon untuk berhenti..aku cuma gian nak menulis je sikit..hehe..

Nak behenti buat pe kan, rokok mahal, boleh tukar rokok seludup..kesihatan baik lagi..setakat ni takda lagi kes dikalangan member member aku yang mati, sakit tenat akibat rokok..so chill jer..majoriti member2 aku pon semua merokok..so rokok masih mampu milik..jgn cakap rokok je mampu, yang berhenti rokok pastu hisap vape pon ada..hak masing-masing la kan..

Tapi aku nak ungkit la sikit kisah sebelum berhenti merokok kali ni..nasib korang la sapa yang terasa..aku ni jenis hisap rokok surya..kalau banding tar dengan nikotin dari rokok John korang tu, rokok aku lagi cepat bagi orang mampus la kiranya..

Perangai kawan-kawan yang jenis 'bukan' hisap rokok surya ni aku pelik betul..asal lepak je, mesti nak sebat rokok aku.kalau takde rokok takpa gak..lagi jilake, nampak je muka aku mintak surya..adoii.aku rasa orang lain yang hisap surya pon mesti senasib aku...ingat rokok surya rokok kongsi ke?..aku plak jenis engko offer pon rokok lain dari surya memang aku takkan hisap..buat sakit tekak jer..

Sambung balik citer aku pasal ubat jilake yang dah buat aku berhenti merokok ni..kalau korang nak tau, ubat ni di samping ubat berhenti merokok, dia mampu mengaibkan kau sekali kalau kau tak pandai cover..

Mana aku tak cakap macam tu, korang bayangkan la, tak cukup dia bagi aku takda feel nak hisap rokok, dia seksa plak aku dengan tak boleh hidu langsung asap rokok(asap rokok surya jer)..bila hidu jer, automatik tekak aku jadi ketat, tiba2 plak bleh berkahak bagai, batuk2 lagi..tak ke jilake..tu baru terhidu asap rokok yang member hisap ok..

Macam mana tak aib, cuba ko bayangkan baru 2 3 hari berhenti, pastu lepak dengan member, kebetulan dia pon hisap surya gak..ko pikir aku nak kibas2 asap rokok kalau dia tengah hisap tu?..kang tak pasal2 orang ingat aku poyo, baru 2 3 hari nak benti rokok dah takleh bau asap..kan ke poyo bunyinya.lebih dari orang yang langsung tak penah hisap rokok plak kan..so perkara tu memang boleh mengaibkan kalau tak pandai cover..pandai2 la jauhkan diri kejap dari asap rokok tu sementara sebelum kena bahan dengan kengkawan..

Tapi nak buat macam mana, ni semua angkara ubat tu.. ni kalau illuminati tau ni, habis la dia bagi semua orang makan ubat tu..dia cakap vitamin..habis semua orang dalam dunia ni nanti taknak hisap rokok lagi..rugi la syarikat rokok nanti...jilake betul..

Aku bukan nak promote pon..tapi kalau nak jadi mangsa kekejaman ubat tu, pergi jela klinik kesihatan berhampiran tempat korang..hahaha..ramai buat tak nampak sebenarnya kat situ ada khidmat klinik berhenti merokok..kaunseling dan ubat jilake tu pon dia bagi percuma je..ada sesi temujanji setiap minggu selama 3 bulan..untung2 dapat doktor cantik..jangan ngada2 nak try ubat diorang bagi kalau taknak berhenti lagi macam aku..nyesal nanti hilang nikmat hisap rokok tu...hahaha..

sekian.

P/S : entry ni aku tulis kat FB asalnya, tp memandangkan apa2 je kat FB tu aku tak suka publish lama2..ni aku post kat blog plak..setahun dah takda papa gamaknya dalam blog ni..hahaha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...