Thursday, January 4, 2018

EH, DAH TAHUN 2018..

Assalammualaikum wbt..

Ahaks..jumpa lagi kita dalam entri yang tak ilmiah ni..sebelum tu  aku nak ucapkan selamat tahun baru 2018 pada semua..tak sangka hidup lagi blog ni sampai sekarang walaupon setahun 2 entry jer..kehkehkeh..

Untuk permulaan tahun baru ni, aku sebenarnya takda target or azam apa-apa pon..cuma aku sikit kecewa tinggalkan  tahun 2017 sebab aku gagal capai target diet aku nak kurangkan berat sebanyak 10KG..selepas diet 2 bulan, sebelum masuk 2018, berat yang dah berjaya dikurangkan cuma 9.5KG..ini bermakna lagi 0.5KG tak sempat..hampehhhhh...

Apapon, program aku diet ni memang berjalan lancar dan boleh dibanggakan la..yup aku bangga dengan diri aku sendiri pasal berjaya hilangkan perut yang buncit termasuk berhenti rokok selama setahun ni..cuma 0.5kg je buat aku frust..sorry la, susah nak move on sebab 0.5 ni..haha..


SEBELUM
SELEPAS

La ni cuma nak kena menten je lagi..kalau korang nak tau, menten ni la susah berbanding nak naik atau turun..rasa nak segak lama tanpa buncit, kena la jaga makan ye dak..kalau tak, memang akan naik balik la nanti..

So pada sesapa yang rasa nak diet tu.nak kurus segak tahun 2018 ni, aku nak bagi tips diet style aku diet sikit..Bagi aku yang penting jaga kalori..engko bantai la makan apa pon selagi kalori yang di ambil tu kurang dari kuantiti kalori yang diperlukan tubuh badan kita dalam sehari, insya'allah boleh kurus..

Susah nak kira kalori?, belajar la,download apps..baca la kat mana-mana..suma orang ada sosial media sekarang..belambak coach tak bertauliah ada..kebanyakkannya orang-orang biasa jugak yang dah berjaya kurus lepas diet terus tetiba jer nak jadi coach..mintak yuran plak tu..kahkahkah...

Ok la..chow..salam sejahtera keatas kamu semua..